WhatsApp Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – 011-5111 5252
Akhbar The Star melaporkan baru baru ini, penumpang bas boleh menghubungi terus Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui WhatsApp (011-5111 5252) jika mereka mendapati pemandu bas melanggar peraturan lalu lintas musim perayaan ini.
Kesalahan seperti melebihi 90kph (had laju untuk bas), merokok, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, dan memandu di lorong kanan [lorong laju].
“Yang terbaik adalah jika penumpang boleh ambil gambar sekali, berikan maklumat lokasi dan masa kesalahan,” kata pengarah penguatkuasa JPJ, Datuk V. Valluvan Veloo selepas melakukan pemeriksaan di bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan awal minggu ini.
Walau bagaimanapun, beliau berkata sekiranya itu tidak dapat disediakan, nombor plat kenderaan sudah memadai untuk JPJ mengambil tindakan segera.
Di samping itu, JPJ akan mengharamkan pergerakan beberapa kenderaan komersil berat pada 23 dan 24 Jun, dan pada 1 dan 2 Julai, untuk mengurangkan kesesakan dan kemalangan semasa musim perayaan.
Semoga perjalanan balik pulang anda dengan keretapi dan/atau bas selamat dan sempurna:
Baca lebih lanjut di http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/21/report-reckless-bus-drivers-urges-jpj/#40VcmZUd0WhvqcVv.99
No Comment