Berita Auto

Aston Martin Sahkan Pengeluaran Model Elektrik RapidE

Kurang dua tahun selepas dilancarkan sebagai konsep, Aston Martin telah mengesahkan bahawa model eletrik RapidE akan memasuki fasa pengeluaran pada tahun 2019.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

RapidE akan menjadi kenderaan eletrik pertama Aston Martin dan pengeluarannya kepada hanya 155 unit. Model tersebut juga akan mengetuai pembangunan strategi emisi sifar yang dibentangkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CEO dalam Rancangan Abad Kedua syarikat itu.

RapidE_02.jpg

Model eletrik tersebut juga akan menyaksikan kesinambungan kerjasama dengan Williams Advanced Engineering yang bertanggungjawab membangunkan konsep RapidE yang asal. Syarikat yang berpangkalan di Grove, Oxfordshire, akan membantu Aston Martin dengan tugasan kompleks berkaitan dengan kejuruteraan.

RapidE_03.jpg

Berasaskan model Rapide AMR, RapidE akan mengetengahkan reka bentuk kereta sports empat pintu yang digabungkan dengan janaan kuasa elektrik sebagai ganti kepada enjin 6.0-liter V12. Menurut Aston Martin, maklumat lanjut mengenai ‘powertrain’ elektrik tersebut akan didedahkan tidak lama lagi.

 

Previous post

Volvo Catat Pertumbuhan Jualan Global Sebanyak 8.2% Bagi Separuh Pertama 2017

Next post

Menangi Tiket Upacara Pembukaan Sukan SEA KL2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *