Berita Auto

BMW iPerformance Catat Rekod Prestasi Terbaik di Malaysia

BMW Group Malaysia hari ini mengumumkan prestasi terbaik untuk portfolio kenderaan BMW iPerformance bagi separuh pertama tahun 2017. Syarikat itu telah menyerahkan lebih 2,300 unit BMW 330e, X5 xDrive40e dan 740Le sehingga Jun 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sejak X5 xDrive 40e pada hujung Jun 2016, BMW sudah menyerahkan lebih 3,200 unit kenderaan di negara ini, dengan perkongsian pasaran lebih 44%, paling tinggi di dunia. Purata jualan di dunia adalah 3% peratus dengan negara-negara Nordic mencatat 14%.

Prestasi jualan 330e dilihat sangat berjaya dengan lebih 60% 3 Series yang dijual di Malaysia pada masa sekarang adalah dari model BMW iPerformance. Manakala lebih 40% daripada 7 Series yang diserahkan kepada pelanggan ialah varian 740Le xDrive yang baru sahaja diperkenalkan.

The all-new BMW X5 xDrive40e

Untuk terus memacu portfolio produk hibridnya ke hadapan, BMW Group Malaysia turut mengutamakan aspek infrastruktur dan perkhidmatan mobiliti dalam strateginya. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun, terdapat lebih 200 stesen ChargEV di seluruh negara dan angka itu akan terus meningkat kepada sasaran 25,000 stesen menjelang tahun 2020.

Menurut Han lagi, lebih 600 orang pemilik kenderaan BMW Plug-in Hybrid telah mendaftar dalam program BMW ChargeNow di atas platform ChargEV, menunjukkan keyakinan ke atas kenderaan berteknologi termaju serta penerimaan rakyat Malaysia terhadap mobiliti-elektrik.

BMW 330e M Sport (4)

BMW Group Malaysia juga telah mengembangkan akses stesen mengecaj di seluruh rangkaian pengedar sahnya. Baru-baru ini, Seong Hoe Premium Motors telah memasang sebuah BMW i Wallbox di hotel Holiday Inn Melaka. Projek sama kini sedang berjalan di hotel The Equatorial Melaka dan dijangka siap pada Ogos depan.

Di Malaysia Timur, Regas Premium Auto Sarawak juga memasang dua unit BMW i Wallbox di pusat membeli-belah CityONE Megamall di Kuching, menjadikan ia infrastruktur mengecaj awam yang pertama di Sarawak.

 

Previous post

Kia Rio 2017 Terjah Pasaran Malaysia

Next post

Honda Malaysia Buat Kejutan Dengan Pelancaran City Sport Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *