Honda Asian Journey 2017 Diadakan Pada Oktober Ini
Kumpulan Syarikat Honda di Asia dan Oceania akan menganjurkan “Honda Asian Journey 2017”, konvoi motosikal berkuasa tinggi yang akan menunggang sejauh 600 km di Semenanjung Malaysia selama empat hari (26 Oktober hingga 29 Oktober 2017) ke perlumbaan MotoGP Malaysia 2017.
Acara ini diadakan buat pertama kali pada tahun 2016 dan mencapai kejayaan yang besar dengan 50 peserta dari empat negara iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Acara tahun ini akan menggabungkan peserta dari enam buah negara, termasuk Filipina dan India.
Seperti tahun lepas, peserta Honda Asian Journey berpeluang untuk menunggang pelbagai motosikal Honda sambil menikmati pemandangan Malaysia sepanjang konvoi. Laluan baru tahun ini pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar, termasuk lebuh raya di Kuala Lumpur, Melaka, dan jalan berliku pergi-dan-balik ke Genting Highland yang berada 1,700 meter dari paras laut.
Honda bercadang untuk menyediakan pelbagai model seperti CB500, CBR1000RR, Africa Twin dan Goldwing, supaya peserta-peserta tersebut dapat merasai perbezaan dari segi prestasi dan ciri-ciri model-model tersebut. Konvoi ini akan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Oktober, di mana semua peserta akan menyertai pelanggan Honda yang lain untuk menyokong penunggang GP Honda di perlumbaan tersebut.
Jadual perjalanan Honda Asian Journey 2017 adalah seperti di bawah (tertakluk kepada perubahan):
- Oktober 26 – Ketibaan dan transit ke Melaka dari Kuala Lumpur
- Oktober 27 – Menunggang dari Melaka ke Bukit Tinggi
- Oktober 28 – Menunggang dari Bukit Tinggi ke Genting Highland
- Oktober 29 – Menunggang dari Genting Highlands ke Litar Antarabangsa Sepang
No Comment