Honda CBR650F dan CB650F Terima Peningkatan Untuk 2017
Jentera empat silinder kelas pertengahan (middleweight) Boon Siew Honda iaitu CBR650F dan CB650F telah dipertingkatkan bagi tahun 2017 dengan spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu.
Dari aspek mekanikal, enjin 649 cc yang digunakan kini menghasilkan 8.98 hp pada 11,000 rpm dan 64 Nm tork pada 8,000 rpm, sedikit lebih tinggi berbanding model tahun 2016 yang mempunyai 81.8 hp dan 63 Nm. Ini merupakan hasil daripada penggunaan ‘intake’ baharu serta pengurusan aliran ekzos menerusi ‘muffler’ yang lebih pendek.
Selain itu, kedua-dua CBR650F dan CB650F dilengkapi dengan fork hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) baharu dan angkup brek Nissin untuk pengalaman menunggang yang lebih baik. Lampu LED pada bahagian depan dan belakang turut didatangkan secara standard.
Dengan harga RM47,115.94, CBR650F boleh didapati dalam tiga warna iaitu Mat Gun Powder Black (hitam), Millennium Red (merah) dan Pearl Metalloid White (putih). CB650F yang berharga RM44,995.44 pula ditawarkan dalam warna Mat Gun Powder Black (hitam), Millennium Red (merah), Pearl Spencer Blue (biru) dan Sword Silver Metallic (perak).
Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan selama dua tahun dengan had perbatuan sehingga 20,000 km.
No Comment