Motosikal / Skuter / Roda

Honda Rebel 2017 Dilancarkan di Art of Speed

Pertunjukan Art of Speed 2017 yang berlangsung di MAEPS, Serdang hujung minggu lalu menyaksikan pelancaran rasmi Honda Rebel oleh Boon Siew Honda. Motosikal jenis cruiser berinspirasikan bobber itu akan mula berada di pasaran bermula dari hujung Ogos ini dengan harga RM31,798.94 (termasuk GST).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Rebel menampilkan enjin sejukan cecair berkapasiti 471 cc, dua silinder selari yang menjana 45 hp pada 8,500 rpm dan 44.6 Nm tork pada 6,000 rpm. Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, enjin tersebut dikatakan menghasilkan jumlah tork yang tinggi pada rpm rendah dengan kuasa yang linear.

2017-Honda-Rebel-500-300-lifestyle-22

Direka untuk pelbagai jenis penunggang, motosikal terbaru ini mempunyai badan yang langsing yang digabungkan dengan kedudukan tempat duduk serta bar hendal yang rendah. Dari aspek estetika, unit yang dipamerkan ini didatangkan dengan kemasan hitam serta pelbagai aksesori H2C yang ditawarkan secara optional.

2017-Honda-Rebel-500-300-lifestyle-21

Rebel dilengkapi dengan fork hadapan 41 mm dan suspensi berkembar di belakang, manakala kuasa membrek pula datang dari cakera hidraulik di kedua-dua bahagian. Ia juga menampilkan rim 16 inci yang dibalut tayar bersaiz 130/90 di hadapan dan 150/80 di belakang.

2017-Honda-Rebel-500-300-lifestyle-06

Ia boleh didapati dalam warna Graphite Black (hitam), Millennium Red (merah) dan Matte Armoured Silver (perak), serta didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

 

Previous post

Caltex Umum 10 Pemenang Pertama Promosi 'True Power from Within'

Next post

Mercedes-Benz S63 AMG

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *