Berita Auto

Jaguar XJR575 Capai 100 Km/j Dalam Hanya 4.4 Saat

Selepas memperkenalkan XE SV Project 8, Jaguar kini kembali dengan satu lagi sedan berprestasi tinggi yang dikenali sebagai XJR575. Ia akan menggantikan XJR sebagai model ‘flagship’ bagi barisan XJ.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun tidak seekstrem XE SV Project 8, XJR575 masih mampu memberi suntikan adrenalin dengan 575 PS dan 700 Nm tork yang dibekalkan oleh enjin supercharge berkapasiti 5.0-liter V8. Kuasa tersebut membolehkan sedan itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.4 saat dan mencapai kelajuan maksimum 300 km/j.

jaguarxjr57518my1007glhd

Bahagian luaran XJR575 menampilkan spoiler belakang, ‘side sills’, bampar hadapan serta lubang pengambilan udara yang diletakkan dengan lebih rendah dan dihiasi dengan kemasan hitam berkilat. Selain itu, ia juga mendapat lambang baharu, angkup brek berwarna merah serta rim Farallon 20 inci juga dalam kemasan hitam berkilat.

jaguarxjr57518my008glhd

Ruang kabin pula menampilkan kemasan kulit dengan jahitan bermotifkan berlian serta sulaman ‘575’ pada tempat duduk. Ia juga dilengkapi dengan skrin sentuh 10 inci dan fungsi Wifi 4G. Model ini ditawarkan dengan dua pilihan warna khas rekaan bahagian Special Vehicle Operations (SVO) iaitu Velocity Blue dan Satin Corris Grey.

jaguarxjr57518my041jdx

Selain daripada enjin V8 yang berkuasa, XJR575 turut mendapat Electronic Active Differential untuk tahap cengkaman terbaik serta beberapa ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking, Lane Keep Assist dan Driver Condition Monitoring.

jaguarxjr575fastestinterview02

Previous post

SM Sport 110R Sertai Pasaran Kapcai Tempatan

Next post

Boon Siew Ketuai Pasukan Satu Hati. Honda Asia di Suzuka 8 Hours

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *