Menangi Tiket Upacara Pembukaan Sukan SEA KL2017
Usaha masing-masing untuk meraih sokongan bagi kontinjen Malaysia yang bertanding di Sukan SEA ke-29 telah dimulakan dengan pelancaran dua pertandingan media sosial yang dianjurkan oleh Naza Corporation Holdings dan Peugeot Malaysia.
Orang ramai yang berminat hanya perlu mencari Peugeot 208 khas di 12 lokasi di seluruh negara, sertakan tandatangan dan mesej kepada atlet, ambil selfie bersama kereta tersebut dan muat naik ke laman media sosial berserta hashtag #PeugeotMalaysia #DrivingChampions dan #NazaCorp. 100 pemenang akan mendapat tiket ke upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 pada 19 Ogos ini bertempat di Bukit Jalil.
Selain itu, melalui pertandingan #ChampionSpirit, Naza turut menawarkan peluang untuk memenangi sepasang tiket ke upacara pembukaan temasya sukan itu kepada 80 peserta dengan ‘meme’ paling kreatif. Untuk menyertai, peserta hanya perlu menghasilkan ‘meme’ menggunakan gambar yang disediakan dan muat naik ke laman Facebook atau Instagram Naza Corporation Holdings dengan hashtag #ChampionSpirit dan #Naza.
Kereta 208 khas tersebut dilancarkan baru-baru ini sebagai ‘papan buletin bergerak’ di mana rakyat Malaysia boleh menulis mesej-mesej berinspirasi kepada atlet tempatan yang mengambil bahagian. Kereta tersebut mendapat sambutan hangat ketika dipamerkan di bilik pameran Peugeot dan bazar Ramadhan di Shah Alam bulan lalu.
Berikut adalah lokasi-lokasi 208 khas akan datang:
Fit Malaysia PerakBangunan UMNO, Bagan Datuk, Perak | 9 Julai |
University Malaya KL | 12 Julai |
Rumah Terbuka Aidilfitri NazaMalaysia International Trade & Exhibition Centre(MITEC) | 15 Julai |
Subang Parade mall | 17 & 18 Julai |
Pavilion Mall / 30 day countdown | 19 Julai |
The Curve Damansara | 21-23 Julai |
Sunway Pyramid | 27-30 Julai |
Taman Burung KL | 31 Julai |
Naza Tower Torch Run | 6 Ogos |
Fit Malaysia Bukit Jalil | 12 Ogos |
Taylor Lakeside University | 13-16 Ogos |
KL 2017 Sponsors Festival Area | 19-30 Ogos |
No Comment