Gaya Hidup / Lifestyle

Michelin Lancarkan Kempen “Tayar Bukan Pisang”

Michelin Malaysia telah melancarkan kempen pendidikan ‘Tayar Bukan Pisang” untuk memberi

tumpuan kepada penjagaan dan kualiti tayar sambil menangani kecenderungan pengguna terlalu

mengutamakan tarikh pembuatan produk. Banyak kajian telah membuktikan bahawa prestasi

tidak semata-mata bergantung kepada usia tayar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan menggunakan pisang dan menjadikan jangka hayat terhad buah ini sebagai contoh,

Michelin berhasrat untuk mendidik pengguna kenderaan bahawa pengiraan hayat tayar bermula

dengan tarikh pemasangan dan dedikasi kepada penjagaan tayar secara berkala dan bukannya

terlalu menekankan tarikh pembuatan.

 

Berbeza daripada tanggapan umum mengenai tarikh luput produk lain, proses penuaan tayar

tidak bermula dari tarikh pembuatan tetapi dari masa angin mula diisi dan dipasang pada

kenderaan kerana tayar mengalami tekanan paling tinggi semasa digunakan dan bukannya

dalam simpanan.

 

Berpandukan hasil kajian yang dijalankan di Korea Selatan, Jerman dan Arab Saudi, Pengarah

Urusan, Michelin Malaysia Sdn Bhd, Pascal Nouvellon berkata penyelidikan mendapati tiada

perbezaan prestasi antara tayar yang baru dikilang dan tayar yang tidak digunakan selama tiga

tahun.

 

“Satu kajian yang dijalankan di Arab Saudi mendedahkan bahawa tayar yang digunakan pada

kenderaan selama lebih dua tahun menunjukkan kadar kemerosotan yang sama dengan tayar

yang disimpan selama 10 tahun. Tambahan lagi, ciri tayar yang disimpan selama 20 tahun pada

40 darjah Celsius adalah sebanding dengan tayar yang digunakan selama 40,000km. Kajian

merumuskan bahawa tayar merosot 20 kali lebih pantas apabila digunakan berbanding apabila

disimpan, walaupun dalam keadaan lampau,” tambah Nouvellon.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Satu lagi ujian ke atas penggunaan tayar yang dikendalikan oleh Jabatan Perlindungan

Pengguna Korea mendedahkan bahawa tahap penghausan tayar adalah sama bagi tayar baharu

dan tayar tidak digunakan yang berusia tiga tahun dalam ujian kelajuan tinggi dan juga

berperingkat.

 

Ujian yang dikendalikan oleh ADAC, organisasi kenderaan Jerman mendedahkan bahawa

rintangan olengan atas tayar yang baru dikeluarkan dan tayar tidak digunakan yang dikeluarkan

tiga tahun sebelumnya adalah serupa.

 

Kempen promosi Tayar Bukan Pisang dari 12 Julai – 14 Ogos 2017 membabitkan kunjungan dua

pasukan promoter ke kawasan tumpuan ramai di Lembah Klang untuk meningkatkan kesedaran

dalam kalangan pengguna kenderaan dan mengajak mereka untuk menyertai pertandingan foto.

Peserta akan diberikan pisang, kad peraduan dan cenderahati Michelin. Pertandingan ini, yang

dikendalikan menerusi Facebook, membabitkan proses lima langkah dan meminta peserta

memuat naik gambar paling kreatif mereka bersama pisang Bibendum Michelin atau paparan foto

yang boleh didapati daripada promoter. Seratus gambar paling kreatif akan menerima hadiah

termasuk tiket wayang, beg kembara Michelin, dan kad petrol dengan tiga pemenang Hadiah

Utama masing-masing membawa pulang satu set tayar Michelin.

 

“Kami menggalakkan pengguna memberi perhatian kepada penjagaan tayar keseluruhan, yang

termasuk mengekalkan tekanan tayar yang betul, penjajaran yang betul, pemeriksaan kerosakan

dan ukuran kedalaman bunga. Tayar mengalami pelbagai tekanan berbeza sepanjang hayatnya

pada kenderaan. Keadaan jalan raya dan penyenggaraan kurang wajar serta haba lampau

menjejaskan hayat dan prestasi tayar.

 

“Semua tayar Michelin disediakan dengan waranti enam tahun dan kami mengesyorkan agar

tayar kenderaan yang berusia lebih 10 tahun dari tarikh pembuatan dilupuskan,” tambah

Nouvellon.

 

 

Previous post

Pusingan 5 Cub Prix Bersambung di MAEPS

Next post

Tawaran Jualan Subaru Forester Masih Ada

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *