Berita Auto

Naza Italia Sambut Ulangtahun ke-70 Ferrari di Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

Naza Italia, pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, akan membawa sambutan ulangtahun ke-70 jenama supercar terkemuka itu ke Pulau Pinang pada hujung minggu ini. Syarikat itu memulakan sambutan tersebut dengan pelancaran model LaFerrari Aperta di Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Secara asasnya, LaFerrari Aperta merupakan LaFerrari versi bumbung terbuka yang sangat eksklusif dengan pengeluar terhad kepada 209 unit sahaja di seluruh dunia. Ia menggunakan enjin hibrid yang sama iaitu 6.3-liter V12 yang dipadankan dengan motor eletrik, menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 950 hp dan 900 Nm.

10 Ferrari 70th Anniversary Icon_LaFerrari Aperta

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk konvoi besar-besaran Ferrari dari ibu negara ke tapak warisan sejarah UNESCO di Pulau Pinang. Para peminat berpeluang menyaksikan perarakan ini dengan lebih dekat di Jalan Padang Kota Lama berhadapan dengan Dewan Bandaraya Pulau Pinang. Satu majlis makan malam gala akan turut diadakan di Fort Cornwallis, di mana LaFerrari Aperta akan dipamerkan.

09 Ferrari 70th Anniversary Icon_LaFerrari Aperta

Sambutan yang dianjurkan oleh Ferrari Malaysia ini merupakan sebahagian daripada 70 acara bertemakan ‘Driven by Emotion’ yang diadakan di 60 buah negara. Ia akan berakhir dengan sambutan kemuncak di Maranello pada 9 dan 10 September 2017.

 

Previous post

Yamaha MT-09 Tracer CKD Kini Di Pasaran

Next post

Mercedes-Benz X-Class Trak Pikap Gaya Hidup Mewah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *