Berita Auto

Nissan Grand Livina Kini Dengan Pakej IMPUL Baharu

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Grand Livina dengan pakej IMPUL baharu, sekali gus memberikan MPV yang versatil dan popular itu gaya dan pemanduan lebih agresif.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Versi yang telah dipertingkatkan ini hadir dengan spoiler bampar hadapan baharu, lampu nyalaan siang (DRL) LED signatur, skirting sisi, spoiler belakang dan bampar belakang IMPUL. Gaya dinamik diperkuatkan lagi menerusi gril hadapan berwarna hitam, tambahan pada arca roda, dan rim aloi IMPUL HS-10 bersaiz 17 inci dalam kemasan krom serta warna hitam berkilat.

01 New Nissan Grand Livina IMPUL_Front

Penambahbaikan itu juga menyaksikan pemasangan sistem suspensi IMPUL berprestasi tinggi. Terdiri daripada penyerap hendak serta pegas gegelung yang direka untuk merendahkan kenderaan sebanyak 25 mm, ia mampu menawarkan pengendalian lebih mantap dan selesa. Peredam ekzos tahan karat dengan kemasan berkilat dan logo IMPUL yang dipasang pada paip ekzos melengkapkan lagi penampilan Grand Livina ini.

???

Grand Livina IMPUL baharu dipasang dari kilang dan ditawarkan dalam dua pakej iaitu IMPUL Complete Package dan IMPUL Premium Package. Semua pakej aksesori ini hadir dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km.

???

IMPUL COMPLETE PACKAGE (RM12,800) IMPUL PREMIUM PACKAGE (RM13,009)
·         IMPUL Aerokit(merangkumi Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang dan Skirting Sisi) ·         IMPUL Aerokit(merangkumi Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang dan Skirting Sisi)
·         Lampu Nyalaan Siang LED ·         Lampu Nyalaan Siang LED
·         Gril Hadapan Sports berwarna Hitam ·         Gril Hadapan Sports berwarna Hitam
·         Tambahan pada Arca Roda ·         Tambahan pada Arca Roda
·         Rim Aloi IMPUL HS-10 17″ ·         Tempat Duduk Kulit (Beige atau Hitam)
·         Peredam Ekzos IMPUL Blast 2 ·         Perakam Video Pemanduan
·         Suspensi Sports IMPUL ·         Filem Keselamatan V-Kool
·         Tayar Continental ContiMaxContact MC5 (205/45 R17)

???

Para pemilik Grand Livina sedia ada yang berminat untuk membeli pakej IMPUL boleh menghubungi talian +603 4047 8786 atau emel ke impul@tanchonggroup.com.my. Maklumat lanjut, layari laman web www.impul.com.my.

02 New Nissan Grand Livina IMPUL_Rear

Aerokit, suspensi dan peredam ekzos dilesenkan oleh IMPUL serta dihasilkan di Malaysia. Manakala rim aloi IMPUL HS-10 pula diimport dari Jepun.

Previous post

Porsche 911 GT2 RS Muncul Dengan 700 HP!

Next post

Rebut Promosi dan Tawaran Menarik Di Rumah Terbuka Hari Raya Volkswagen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *