Peluang Terakhir Untuk Dapatkan Renault Captur Pada Harga RM98,000
TC Euro Cars, pengedar rasmi kenderaan Renault di Malaysia, mengumumkan masih terdapat beberapa unit Renault Captur yang boleh dimiliki dengan harga pengenalan iaitu RM98,000. Dilancarkan pada April 2017, Captur versi pemasangan tempatan (CKD) didatangkan dengan harga asal RM109,000.
Captur dikuaskan oleh enjin turbo 1.2-liter empat silinder TCe yang menghasilkan 120 PS pada 4,900 rpm dan 190 Nm tork dari 2,000 rpm. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, ia menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.4 liter bagi setiap 100 km.
Ciri-ciri standard dan sistem keselamatan merangkumi:
- Lampu utama automatik dan alat pengesan hujan (rain sensors)
- MediaNav dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci, AUX, USB, Bluetooth, navigasi dan kamera undur
- Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjiin
- Mode Eco untuk penjimatan tambahan sehingga 10 peratus
- Empat unit beg udara bercekapan tinggi – dua di hadapan dan dua di bahagian kepala/thoraks sisi
- Electronic Stability Control (ESC) dengan kawalan cengkaman (traction control)
- Hill Start Assist
Captur boleh didapati dalam empat pilihan warna dua tona iaitu:
- Flame Red (badan)/Diamond Black (bumbung) dengan scuff plate dan trunk tray dengan bayaran tambahan RM900
- Arizona Orange (badan)/Diamond Black (bumbung)
- Pacific Blue (badan)/Ivory (bumbung)
- Ivory (badan)/Diamond Black (bumbung)
Sama seperti semua model Renault yang lain , Captur CKD hadir bersama jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan.
No Comment