Berita Auto

Renault Koleos Kini Hadir Dengan 4WD Untuk Pasaran Malaysia

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal untuk kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Renault Koleos akan ditawarkan dalam varian pacuan empat roda (4WD) mulai 19 Julai. Ia akan dipamerkan kepada orang awam di Ground Floor, Centre Court, Mid Valley Megamall pada 19-23 Julai dan ditawarkan pada harga anggaranRM201,800.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian 4WD tersebut menampilkan teknologi ALL-MODE 4×4-i. Teknologi pacuan empat roda itu memantau tahap cengkaman secara berterusan untuk prestasi yang lebih dinamik, stabil dan selamat. Sistem itu terdiri daripada suis kawalan yang membolehkan pemandu untuk memilih tiga mode – 2WD, 4WD Auto dan 4WD Lock. Setiap mode ini mempunyai kelebihan tersendiri berdasarkan kepada kondisi pemanduan.

Renault Koleos 4WD 03

Satu lagi ciri baru pada versi 4WD ini ialah pintu belakang bebas tangan. Walaupun tangan anda penuh dengan barang dan Renault Smart Keycard berada di dalam poket atau beg tangan, but boleh dibuka dengan hanya menggerakkan kaki pada bahagian bawah bampar belakang. Bukan itu sahaja, warna merah (Marron Red) yang baru turut ditawarkan pada model Koleos 4WD.

Renault Koleos 4WD 04

“Renault Koleos mendapat sambutan memberangsangkan sejak varian 2WD dilancarkan tahun lalu. Kami yakin dengan penambahbaikan dan reka bentuk Koleos yang mantap ini, versi 4WD akan menarik minat lebih ramai pembeli SUV di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen.

Renault Koleos 4WD 05

Sama seperti semua kenderaan Renault, Koleos didatangkan dengan jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukan oleh mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna, terma dan syarat, serta alat ganti adalah konsisten mulai tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.

Renault Koleos 4WD 02

TCEC akan mempamerkan varian Renault Koleos 4WD baharu di beberapa bilik pameran terpilih. Jadual terkini siri jelajah adalah seperti berikut:

Tarikh Lokasi
19 – 23 Julai 2017  Mid Valley MegamallGround Floor, Centre Court

Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur

 

24-30 Julai 2017 Renault Petaling JayaJalan Kemajuan, Section 13, Petaling Jaya, Selangor

 

16-20 Ogos 2017 Renault GlenmarieJalan Penguasa A, U1/53A, Glenmarie, Selangor

 

21-27 Ogos 2017 Renault SetapakPV 128, Jalan Genting Kelang, Setapak, Kuala Lumpur

 

30 Ogos -3 September 2017 IOI City Mall (Putrajaya)Lebuh IRC, IOI Resort City, Putrajaya

 

4-10 September 2017 Renault PuchongTower 1, PFCC, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, Puchong, Selangor

 

18-24 September 2017 Renault Setia AlamNo 2, Jalan Seia Prima (S) U13/S, Setia Alam, Seksyen U13,

Shah Alam, Selangor

 

 

Previous post

Honda CR-V Terima 1,400 Tempahan Dalam Tempoh Seminggu

Next post

Ini Mungkin Perodua Myvi Yang Akan Datang. Anda Suka?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *