Berita Auto

Rolls-Royce Phantom VIII: Puncak Kemewahan

Sejak diperkenalkan buat pertama kali oleh Sir Henry Royce pada tahun 1925, Rolls-Royce Phantom terus menjadi ikon automotif yang sinonim dengan kemewahan. Model generasi kelapan yang baru diperkenalkan ini bakal mengangkat Phantom ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi penanda aras baru dalam kelasnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang menarik tentang Phantom VIII ini adalah ia dibina berasaskan The Architecture of Luxury yang merujuk kepada kerangka spaceframe yang diperbuat daripada aluminium sepenuhnya. Kerangka ini juga akan digunakan untuk model-model Rolls-Royce akan datang.

P90270898_highRes_new-phantom-ewb-side

Selain lebih ringan, platform baru ini 30% lebih tegar berbanding platform terdahulu, sekaligus meningkatkan tahap keselesaan semasa pemanduan. Ia juga menggunakan gandar double wishbone di bahagian hadapan, multilink di bahagian belakang, serta sistem stereng empat roda.

???????????????????????????????

Ciri Magic Carpet Ride yang menjadi trademark jenama itu dinaik taraf dengan penggunaan suspensi udara yang mampu melakukan berjuta-juta kiraan setiap saat sekaligus berubah mengikut tahap pecutan, serta input dari stereng dan kamera. Dengan lapisan kaca berganda setebal 6 mm dan lebih dari 130 kg penebat bunyi, ia juga dikatakan sebagai kereta paling senyap di dunia.

???????????????????????????????

Ruang kabin Phantom didatangkan dengan papan pemuka yang digelar sebagai The Gallery yang diletakkan di sebalik sekeping kaca. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan kemasan yang direka oleh ahli seni dan pereka terkenal termasuk peta DNA emas yang dicetak secara 3D, porselin, lukisan minyak, sutera serta pelbagai lagi.

P90270879_highRes_new-phantom

‘Jantung’ Phantom pula berupa enjin dwi turbo berkapasiti 6.75-liter V12 yang menghasilkan 563 hp dan 900 Nm tork dari serendah 1,700 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan keluaran ZF yang dilengkapi dengan Satellite Aided Transmission (SAT) untuk pemanduan lebih lancar.

???????????????????????????????

Dari segi elektronik, Phantom baharu didatangkan dengan ciri-ciri seperti Alertness Assistant, empat kamera dengan pandangan panoramik, Night Vision, Vision Assist, Active Cruise Control, paparan head-up resolusi tinggi, serta Wifi Hotspot. Antara ciri keselamatan yang disertakan termasuk Collision Warning, Pedestrian Warning, Cross-Traffic Warning, Lane Departure dan Lane Change Warning.

 

 

Previous post

Perikatan Renault-Nissan AKHIRNYA Mendapatkan Global Spot Teratas

Next post

UMW Toyota Akan Mulakan Siri Jelajah C-HR Lebih Awal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *