Toyota CH-R Akan Tampil di Festival Toyota Gazoo Racing Ogos Ini
Orang ramai boleh melihat Toyota CH-R baharu dengan lebih dekat tidak lama lagi apabila UMW Toyota Motor akan mula mempamerkan model tersebut di bilik pameran serta lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia bermula bulan hadapan.
SUV kompak yang dinanti-nantikan itu dijanakan oleh enjin 1.8-litre Dual VVTi yang dipadankan dengan CVT dengan sequential shifter.
Selain daripada ruang kabin mewah, CH-R juga menampilkan pelbagai ciri keselamatan termasuk Rear Cross Traffic Alert (RTCA), puddle lights pada cermin sisi serta lampu hadapan dengan fungsi Follow Me Home.
CH-R akan mula dipamerkan di festival Toyota Gazoo Racing (TGR) pada 12 dan 13 Ogos di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas itu, ia akan dipamerkan di bilik pameran Toyota Subang Jaya (16 – 22 Ogos), Mid Valley (23 – 27 Ogos), Sunway Pyramid (4-10 Sept) dan lokasi-lokasi lain di sekitar Semenanjung Malaysia.
No Comment