VIDEO: BMW i8 Roadster
BMW telah mengeluarkan satu video ‘teaser’ yang memperlihatkan i8 Roadster baharu. Bakal dilancarkan pada tahun hadapan, ia merupakan model ‘i’ yang ketiga keluaran jenama itu selepas i8 dan i3.
Walaupun masih memakai pelekat penyamaran, ia dapat dilihat dengan jelas bahawa i8 Roadster mengekalkan elemen reka bentuk seperti yang dilihat pada i8, termasuk pintunya yang terbuka ke depan dan ke atas seperti sayap.
Perubahan paling ketara adalah pada bahagian bumbung, di mana i8 Roadster dikatakan menggunakan bumbung fabrik ‘targa’ yang boleh dilipat masuk ke satu ruang kecil di belakang kokpit.
Kereta elektrik ini juga akan menggunakan drivetrain yang sama iaitu enjin 1.5-liter tiga silinder yang digabungkan dengan motor elektrik.
No Comment