Yamaha Y15ZR Dikemaskini Untuk 2017
Yamaha Y15ZR edisi tahun 2017 telah dilancarkan secara rasmi dan tahun ini, supercub pilihan ramai itu boleh didapati dalam warna biru, merah dan hitam dengan rekaan grafik segar.
Aspek teknikal tidak berubah, di mana Y15ZR dikuaskan oleh enjin 150 cc, silinder tunggal yang menghasilkan 15.1 hp pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi lima kelajuan.
Motosikal itu juga dilengkapi dengan fork teleskopik di hadapan dan suspensi monoshock di belakang. Kuasa membrek pula datang dari cakera hidraulik dan angkup satu piston di kedua-dua belah.
Y15ZR juga mengekalkan harganya iaitu RM8,361.28 termasuk GST, tanpa cukai jalan, nombor plat dan insurans.
No Comment