Adakah Trax Chevrolet Yang Kita Nanti Nantikan?
Di Gaikindo, kami dapat melihat pelbagai kenderaan Chevrolet yang cukup besar. Yang paling menonjol ialah Trax. Ia crossover padat yang murah, bergaya dan functional.
Ianya tidak keterlaluan, tetapi kami rasa ianya akan mempunyai peminat jika dibawa ke Malaysia. Di Gaikindo Auto Show, kami menyedari bahawa kereta itu sentiasa dikelilingi oleh lelaki dan wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an.
Datang dalam pelbagai enjin kecil, termasuk 1.4 turbo, 1.6 dan 1,8 liter enjin petrol naturally aspirated. Automatik 6-kelajuan juga disediakan.
Reka bentuknya moden dan bergaya, ditambah dengan ciri-ciri fungsional seperti pilihan rak basikal dan mekanisme lipat rata tempat duduk yang menambahkan kegunaan Trax.
No Comment