Berita Auto

Honda Malaysia: 70% Inflator Beg Udara Takata Telah Digantikan

Honda Malaysia telah menjalankan operasi penggantian inflator beg udara Takata secara aktif sejak 2014 lagi dan setakat Ogos 2017, syarikat itu secara keseluruhannya telah menggantikan 70% inflator beg udara pemandu dan penumpang (81.2% inflator beg udara pemandu dan 59.5% inflator beg udara penumpang).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Syarikat itu juga menegaskan bahawa stok inflator beg udara pemandu dan penumpang berada pada tahap 100% setakat ini bagi memastikan keselamatan serta kemudahan pengguna.

Honda Malaysia Mall Hubs and Petronas Location and Operating Hours_080817-1

Untuk memudahkan proses penukaran, Honda Malaysia akan mengekalkan hab bergerak mereka yang diletakkan di pusat-pusat membeli-belah dan stesen Petronas terpilih. Hab-hab ini akan beroperasi setiap hujung minggu sepanjang bulan Ogos ini. Rujuk jadual di atas untuk mengetahui lokasi hab-hab bergerak tersebut (klik untuk besarkan).

Pemilik yang terlibat diminta untuk segera membuat temujanji di mana-mana pusat servis Honda. Bagaimana pun, temu janji tidak perlu dibuat jika pelanggan memilih untuk membuat penggantian inflator beg udara di hab-hab bergerak.

Previous post

Rebut Tawaran dan Hadiah Menarik di Naza Merdeka Autofair 2017

Next post

Mercedes-Benz MBSA Autohaus Dibuka di Melaka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *