Honda Malaysia Lancar Pusat 3S Baharu di Skudai
Honda Malaysia dan Wang Loo Motor hari ini merasmikan pembukaan pusat 3S terbarunya yang terletak di Skudai, Johor. Termasuk fasiliti ini, Honda Malaysia kini mempunyai 17 pengedar sah dan empat pusat 4S di seluruh bahagian selatan Malaysia.
Dengan pelaburan bernilai RM22 juta, pusat 3S yang berukuran 73,979 kaki persegi ini dilengkapi dengan pelbagai alat dan kelengkapan yang mematuhi piawaian Honda. Ia mempunyai 18 ruang servis (tiga ruang servis kilat, 13 ruang servis umum, satu ruang servis tayar dan satu ruang servis pendingin hawa) dengan kapasiti sehingga 100 buah kenderaan setiap hari.
Pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat 3S ini boleh menunggu di ruang rehat sambil menikmati minuman serta snek dari kafe. Wifi, perkhidmatan basuh kereta, ruang kanak-kanak serta surau turut disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan.
Untuk membuat temu janji atau mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan, pelanggan boleh menghubungi Wang Loo Motor di talian 07-5550033 atau kunjungi pusat 3S mereka di No.1, Jalan Jaya 1, Taman Mutiara Rini, 81300, Skudai, Johor Darul Takzim.
No Comment