Berita Auto

Hyundai Ioniq Kini Dengan Sistem AVN

Dengan ciri-ciri seperti Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Blind Spot Detection, pengecas telefon pintar wayarles serta bermacam-macam lagi, Hyundai Ioniq dikira sudah cukup canggih dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Namun bagi melengkapkan lagi pakej, Hyundai Sime Darby Motors kini menawarkan sistem Audio Visual Navigation (AVN) untuk model tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun dibina berasaskan sistem operasi Android, sistem AVN dengan skrin 8 inci itu menyokong kedua-dua telefon pintar Android dan iOS. Ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan aplikasi seperti:

  • Muzik – radio, MP3, Spotify
  • Kemudahan – Bluetooth dan aplikasi My Hyundai yang membolehkan pemandu membuat tempahan servis atau panggilan bantuan 24 jam
  • Aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps
  • widget jam dan cuaca yang dikemaskini melalui Wifi

Hyundai IONIQ (2)

AVN ditawarkan bersama dengan varian Ioniq HEV Plus pada harga RM116,488 (Ioniq HEV Plus tanpa AVN dijual pada harga RM114,088). Sistem tersebut didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km. Pemilik Ioniq sedia ada yang ingin mendapatkan AVN boleh berbuat demikian secara trade-in dengan menyerahkan kembali head unit asal.

Previous post

Isuzu mu-X Facelift Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Honda RS150R 2017 tampil dengan warna dan grafik segar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *