Hyundai Tucson Varian Diesel Dilancarkan di Malaysia
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengembangkan lagi barisan model SUV-nya dengan pelancaran varian baru iatu Tucson 2.0L CRDI yang menggunakan rangkaian kuasa turbodiesel untuk prestasi menyerlah serta penjimatan bahan api.
Dengan pelancaran ini, barisan model Tucson kini mempunyai tiga varian iaitu 2.0L Elegance (RM126,188), 1.6L Turbo GDI (RM145,588) dan 2.0L CRDI (RM155,788). Ketiga-tiga varian telah mendapat status kenderaan cekap bahan api (EEV) daripada kerajaan Malaysia.
Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, varian baharu ini mempunyai jumlah kuasa sebanyak 178 PS dan 400 Nm tork dari 1,750 hingga 2,750 rpm, dengan kelajuan maksimum 201 km/j yang dicapai dalam masa 9.3 saat. Enjin diesel CRDI siri-R itu mempunyai tahap pelepasan CO2 berjumlah 186 gram bagi setiap 100 km.
Antara ciri kemudahan baharu yang disertakan bersama varian ini termasuklah lampu hadapan LED dengan static bending lights, fungsi Auto Hold serta tailgate automatik yang boleh dibuka dengan hanya mendekatkan kunci pada kenderaan.
Aksesori pilihan seperti tiga pakej kemasan kulit (hitam, merah atau putih), kit badan serta rim 19 inci juga boleh didapati dengan varian 2.0L CRDI. Sementara itu, varian 2.0L Elegance turut menerima beberapa penambahbaikan seperti lampu kabus dan lampu nyalaan siang.
No Comment