Gaya Hidup / Lifestyle

Kempen Keselamatan Nissan 2017 Masuk Pusingan Kedua

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menganjurkan siri kedua Kempen Keselamatan Nissan 2017 serentak dengan Karnival Pandu Uji Seluruh Negara ETCM, bertujuan mendidik rakyat Malaysia dengan pengetahuan tentang keselamatan jalan raya menerusi aktiviti kreatif dan menyeronokkan di lokasi-lokasi berikut:

Wilayah Lokasi
Tengah ETCM Petaling Jaya, Selangor
Utara ETCM Ipoh
Selatan ETCM Seremban
Sarawak ETCM Miri
Sabah GIANT Superstore, Sandakan
PantaiTimur AEON Kota Bharu, Kelantan

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara aktiviti keselamatan yang dijalankan termasuklah:

  • Ceremah Keselamatan Eksklusif: dijalankan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam. Bengkel ini hanya diadakan di Pusat 3S ETCM Petaling Jaya.
  • Penggantian Inflator Beg Udara Takata: penggantian secara percuma ke atas kenderaan Nissan yang terlibat.
  • Pengalaman Memarkir Dalam Gelap: tingkatkan kemahiran memarkir kenderaan anda dengan 360° Intelligent Around View Monitor Nissan yang pertama pada model X-Trail

04 02 2017 NSC_Exclusive Safety Talk by Captain K. Balasupramaniam

  • Pengalaman Pandangan yang Terjejas: alami dan fahami bahaya yang mungkin berlaku akibat pandangan yang terjejas terutama ketika pemandu kurang tidur atau berada di bawah pengaruh alkohol
  • Penerangan Tempat Duduk Kanak-kanak: satu sesi yang menunjukkan kepentingan tempat duduk kanak-kanak serta cara pemasangan yang betul di dalam kenderaan Nissan. Bengkel ini hanya diadakan di ETCM Ipoh
  • Permainan Keselamatan Kanak-kanak: satu sesi untuk kanak-kanak mengetahui tentang papan tanda jalan agar mereka lebih selamat
Previous post

Lazada, AIG Malaysia Lancarkan Insurans Atas Talian

Next post

UMW Toyota Tanam 100 Pokok di Bandar Kinrara, Puchong

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *