Kia Shooting Brake Concept Mencabar Aston Martin & Porsche Concepts
Konsep ‘shooting brake’ ini menbawa Kia ke dalam segmen baru sama seperti Stinger lakukan beberapa bulan yang lalu. ‘Shooting brake’ adalah sama sekali berbeza dengan station wagon yang dihasilkan Kia pada masa dahulu. Porsche Panamera Sport Turismo dan edisi terhad Aston Martin Vanquish Zagato adalah kereta ‘shooting brake’ yang telah membawa reaksi yang emosional dan melihat pada ini Kia jelas mahu menarik lebih banyak peminat ke bilik pameran.
Konsep shooting brake Kia akan membuat debut penuhnya pada 12 September, yang merupakan hari pembukaan Pameran Auto Frankfurt. Ianya terlalu awal untuk mengetahui sama ada ia akan menjadi model pengeluaran atau ia akan kekal sebagai kajian reka bentuk, walaupun sebahagian besar konsep jenama baru-baru ini telah membuat lonjakan kepada pengeluaran.
No Comment