Kode 0 – Rekaan Unik Ken Okuyama
Ken Okuyama bukanlah nama yang asing dalam industri automotif. Pereka industri yang berasal dari Jepun itu pernah terlibat dalam beberapa projek besar seperti Ferrari Enzo dan P4/5 ketika bekerja dengan Pinifarina. Beliau juga mempunyai beberapa rekaan tersendiri seperti Kode 57 dan yang terbaru – Kode 0.
Dipamerkan di acara The Quail di Monterey, California, Kode 0 menampilkan reka bentuk retro-futuristik yang diilhamkan oleh supercar era 70-an seperti Lamborghini Countach dan Lancia Stratos Zero. Ia menggunakan model Aventador sebagai asas termasuk enjin asal 6.5-liter V12.
Dengan badan yang diperbuat sepenuhnya dari gentian karbon, Kode 0 adalah seberat 1,550 kg, kira-kira 272 kg lebih ringan berbanding Aventador. Kereta ini mempunyai 700 PS dan 690 Nm tork, dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa bawah tiga saat.
Kode 0 direka di Tokyo dan dipasang di kilang Ken Okuyama di Yamagata menggunakan mesin khas untuk memotong dan membentuk panel gentian karbon.
No Comment