Mohd Apis Juarai Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara 2017 di Malaysia
Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara 2017 yang berlangsung di Malaysia baru-baru ini berakhir dengan Mohd Apis bin Sagimin berjaya menempah tempat untuk mewakili Malaysia sebagai sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara, bagi bersaing dalam BMW Motorrad International GS Trophy edisi keenam di Mongolia tahun hadapan.
Diadakan selama dua hari, seramai 36 orang peserta terpaksa melalui 11 halangan yang
menguji pengetahuan mereka tentang model-model BMW Motorrad serta mencabar
keupayaan tunggangan enduro di laluan off-road. Cabaran tersebut merangkumi navigasi,
tunggangan ulangan tahan lasak, cabaran ketika menunggang dan tidak menunggang
motosikal, menunggang dengan mata ditutup, orientasi, membaiki tayar dan tiub, latihan dan
cabaran kumpulan, cabaran kecergasan, ujian kawalan klac serta ujian ‘pengisar kopi’.
Cabaran itu bertujuan menyaring penunggang yang mempunyai pengetahuan dan stamina
untuk beraksi di pusingan seterusnya. Malah ia juga mendorong serta peserta ke had fizikal
dan mental mereka. Sebaik sahaja hari pertama berakhir, hanya sepuluh orang peserta
disenarai pendek untuk cabaran hari kedua.
Pada hari kedua, sepuluh orang peserta yang disenarai pendek itu diberikan model BMW R
1200 GS Adventure yang telah disediakan khas. Mereka perlu mengharung 12 cabaran yang
merangkumi mengimbang motosikal, garaj, mengharung air, berhenti secara mengejut,
menaiki bukit, slalom, menunggang di atas pasir, paip, berhenti ketika menuruni bukit, kunci
sepenuhnya di atas bukit dan off-camber. Beberapa orang peserta menunjukkan tanda
keletihan, sementara yang lain terus menyahut cabaran dan membawa diri ke tahap
maksimum.
Akhirnya, Mohd Apis Bin Sagimin muncul sebagai juara keseluruhan. Manakala tempat
kedua dan ketiga dihuni oleh Ghazi Fawwaz Bin Md Arif and Wan Harith Taqiyuddin Bin
Wan Deraman. Mohd Apis akan menjadi wakil para penunggang BMW Motorrad ke
Mongolia tahun depan dalam acara BMW Motorrad International GS Trophy 2018 kali ke-6.
Sebagai tambahan, Khaizatul Akmar Binti Zabidin yang merupakan satu-satunya peserta
wanita dari Malaysia akan pergi ke Thailand pada 1 hingga 3 September untuk satu lagi
pusingan cabaran dalam kategori wanita. Beliau akan mewakili satu pasukan wanita ke
acara BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia tahun depan. Pernah
mengambil bahagian dalam acara sama tahun lalu, Khaizatul sudah biasa dengan cabaran
sukar yang bakal dihadapainya. Penyertaan dalam pusingan kelayakan di Malaysia nyata
membuahkan hasil kerana berjaya menempah tempat untuk bersaing di Thailand.
Pusingan kelayakan di Malaysia turut menampilkan enam peserta dari Singapura dengan
tiga daripadanya disenarai pendek untuk meneruskan saingan di Thailand, serta menempah
slot terakhir bersama Pasukan Asia Tenggara dalam BMW Motorrad International GS Trophy
kali ke-6 di Mongolia pada tahun 2018.
Maklumat lanjut mengenai Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Asia
Tenggara, sila layari laman web: http://www.bmw-motorrad.com.my/gstrophy.
No Comment