Berita Auto

Naza Kia Sasar Kedudukan Lebih Kukuh Dengan Perkhidmatan dan Produk Lebih Menarik

Menjadi pengedar kenderaan Kia sejak 1996, Naza Kia Malaysia mensasarkan untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di dalam pasaran dengan servis selepas jualan yang dipertingkatkan serta lebih banyak produk menarik bagi tahun 2017 dan 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kumpulan Naza setakat ini telah membuat pelaburan melebihi RM1 bilion dan jumlah ini termasuk untuk kilang pemasangannya yang terletak di Gurun, Kedah serta jaringan jualan dan servis yang meluas.

Sehingga kini, terdapat 54 outlet Kia di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Lima daripada 54 outlet tersebut adalah pusat Kia Red Cube yang terletak di Petaling Jaya, Johor Bahru, Kuantan, Rawang dan Tampoi.

BKL_1298 copy

Pelaburan ke dalam konsep Red Cube dikatakan menelan belanja sebanyak RM75 juta dan Malaysia merupakan antara pasaran pertama di Asia Tenggara yang menggunakan konsep tersebut.

Pada 2016, pelaburan ke dalam pengembangan jaringan adalah sekitar RM25 juta. Bagi tahun 2017 dan 2018, Naza Kia Malaysia merancang untuk meluaskan pasarannya di Sabah dan Sarawak, di mana sekurang-kurangnya lapan outlet baharu akan dibuka.

20170824_111825

Bagi produk pula, syarikat itu mengesahkan yang ia akan membawa masuk tiga model baharu pada tahun hadapan. Salah satu model yang mungkin akan dilancarkan adalah Picanto GT Line yang dipamerkan di bilik pameran Kia Red Cube Johor Bahru baru-baru ini.

Model generasi ketiga ini mempunyai segala kelengkapan, termasuk kit badan penuh yang merangkumi bampar baharu, skirt sisi serta diffuser belakang. Ia juga didatangkan dengan rim dwi-tona bersaiz 16 inci untuk penampilan lebih agresif.

20170824_113341

Seperti sebelum ini, hatchback ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.2-liter empat silinder dengan transmisi automatik empat kelajuan. Spesifikasi bagi pasaran Malaysia masih belum dikeluarkan, namun kami menjangka ia akan didatangkan dengan senarai kelengkapan yang sedikit berlainan apabila ia dilancarkan secara rasmi kelak.

Previous post

Telefon Pintar Untuk Buka, Start Enjin & Kunci Balik Kereta

Next post

Maserati Ghibli GranLusso Lebih Kemas, Lebih Canggih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *