Berita Auto

Pagani Zonda HP Barchetta – Hanya 3 Unit Ditawarkan

Pagani telah mendedahkan Zonda HP Barchetta di acara Concours d’Elegace di California baru-baru ini. Ia dikatakan sebagai versi Zonda terakhir sebelum pengeluaran model itu dihentikan setelah 18 tahun berada di pasaran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Zonda HP Barchetta akan menjadi antara model paling eksklusif pernah ditawarkan Pagani dengan pengeluaran yang terhad kepada tiga unit sahaja. Laporan mengakatan bahawa satu unit akan menyertai barisan koleksi peribadi pengasas jenama itu iaitu Horacia Pagani.

Apa yang membuatkan model ini istimewa adalah bahagian bumbung dan cermin yang seolah-olah dipotong, memberikannya penampilan yang lebih eksklusif. Ia juga mempunyai air scoop, spoiler belakang, serta rim dalam warna berbeza – biru di bahagian kanan, emas di bahagian kiri.

zonda2

Maklumat teknikal tidak didedahkan, namun ia dijangka menggunakan enjin AMG 7.2-liter V12 yang sama dengan Zonda lain dengan kuasa sekitar 700 hp.

Previous post

BMW M5 (F90) - Jentera Drift Dengan 600HP!

Next post

Lazada, AIG Malaysia Lancarkan Insurans Atas Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *