Berita Auto

Porsche Cayenne Generasi Ketiga Lulus Ujian Ketahanan Global

Porsche Cayenne generasi ketiga akan dilancarkan tidak lama lagi. Model ini, yang mengutip jualan sebanyak 760,000 unit sejak 2002, telah melalui siri ujian yang kompleks dan mencabar yang diadakan di serata dunia bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti yang ditetapkan oleh Porsche. Setakat ini, ia telah menempuh ujian sepanjang 4.4 juta kilometer secara keseluruhan dalam keadaan suhu dari -45 hingga 50 darjah Celsius.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal dilancarkan pada 29 Ogos ini, Cayenne baharu telah dibangunkan semula dari aspek pemanduan dan casis, manakala paparan dan konsep kawalan di dalam kabin telah direka semula untuk meningkatkan keselesaan. Objektif utama proses ujian tersebut adalah untuk mencapai keseimbangan yang sempurna antara komponen-komponen kenderaan itu, yang sebahagiannya dibangunkan khas untuk Cayenne.

P17_0681_a5_rgb

Antara proses yang dijalankan adalah ujian ketahanan menggunakan Hydroplus, sebuah kemudahan ujian hidraulik yang menggunakan getaran tiruan untuk casis dan badan. SUV itu juga menjalani ujian kestabilan realistik atas jalan dan offroad di pusat pembangunan Weissach dan kawasan sekitar.

P17_0684_a5_rgb

Untuk mensimulasikan keadaan cuaca melampau, Cayenne diuji di serata dunia, termasuk di atas litar lumba yang kerap digunakan oleh Porsche untuk menguji semua modelnya iaitu Hockenheimring dan Nurburgring di Jerman. Di Itali, ketahanan model itu diuji di litar Nardo sepanjang 12.6 km.

P17_0679_a5_rgb

Semua material, sensor dan elektronik Cayenne juga melalui ujian yang getir dalam iklim yang berbeza – sehingga 50 darjah Celsius di padang pasir Dubai (UAE) dan Death Valley (USA), serta -45 darjah Celsius di kawasan berais dan bersalji di Alaska. Model itu juga menempuhi trafik sesak di bandar-bandar di China dan menguasai litar-litar ujian di Sweden, Finland dan Sepanyol, sebelum diterbangkan ke Afrika Selatan, Jepun dan New Zealand untuk melengkapkan ujian on dan offroad.

P17_0677_a5_rgb

Previous post

Subaru XV Dengan Keupayaan Off-Road Sepenuhnya Sekarang RM109,968

Next post

Ferrari Portofino Ganti California T

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *