Porsche Cayenne Kini Dengan Enjin 2.9 Biturbo V6
Porsche telah memperkenalkan Cayenne baharu di satu majlis di Stuttgart-Zuffenhausen. Model generasi ketiga itu telah dibangunkan semula sepenuhnya dan kini menggabungkan lebih prestasi dan kebolehgunaan.
Selain daripada enjin turbo baharu, Cayenne kini dilengkapi dengan kotak gear lapan kelajuan Tiptronic S, sistem casis baharu serta paparan Porsche Advanced Cockpit versi terkini. Walaupun mempunyai lebih banyak kelengkapan standard, SUV tersebut adalah 65 kg lebih ringan berbanding model terdahulu.
Cayenne akan dilancarkan dengan dua pilihan enjin pengecas turbo petrol enam silinder – 3.0-liter dengan 340 hp bagi varian Cayenne dan 2.9-liter biturbo dengan 440 hp bagi Cayenne S. Dilengkapi dengan pakej Sport Chrono, Cayenne S mempunyai kebolehan untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang lima saat dengan kelajuan maksimum 265 km/j.
Dibina berasaskan model 911, Cayenne didatangkan dengan tayar dengan saiz berbeza dan kawalan stereng gandar belakang untuk pertama kalinya. Kebolehannya juga dipertingkatkan dengan ciri-ciri seperti pacuan semua roda, kawalan casis 4D, suspensi udara, Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) dan Porsche Surface Coated Brake (PSCB).
No Comment