Program BMW Oil Inclusive Baharu Diperkenalkan di Malaysia
BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Program BMW Oil Inclusive ke atas semua kenderaan BMW apabila program servis asal telah tamat. Ia turut terbuka kepada kenderaan BMW yang tidak lagi dilindungi oleh program servis yang aktif pada masa sekarang.
Program BMW Oil Inclusive membolehkan pelanggan untuk melanjutkan servis kenderaan dalam satu set tahun atau jumlah perbatuan melalui pilihan 5 tahun/60,000 km atau 5 tahun/100,000 km; mana-mana tiba dahulu.
Sebagai contoh, sebuah 3 Series yang didaftarkan pada tahun 2012 dengan perbatuan sejauh 70,000 km sudah habis tempoh servis dan jaminannya sekarang. Dengan membeli program tersebut untuk 5 tahun/100,000 km, pemilik boleh terus menikmati servis berjadual percuma untuk kereta mereka sehingga tahun 2022/170,000km, mana-mana tiba dahulu.
Tempoh / Perbatuan (tahun – km) | 5 tahun / 60,000 km | 5 tahun / 100,000 km |
BMW 1 & BMW 2 Series | RM 2,964 | RM 3,417 |
BMW M2 | RM 4,874 | RM 5,477 |
BMW 3 & BMW 4 Series | RM 3,115 | RM 3,618 |
BMW M3 & BMW M4 | RM 4,874 | RM 5,477 |
BMW 5 Series | RM 3,266 | RM 3,768 |
BMW M5 | RM 6,582 | RM 7,436 |
BMW 6 & BMW 7 Series | RM 3,869 | RM 4,472 |
BMW M6 | RM 6,582 | RM 7,436 |
BMW X1 | RM 3,015 | RM 3,467 |
BMW X3 & BMW X4 | RM 3,115 | RM 3,618 |
BMW X5 & BMW X6 | RM 3,567 | RM 4,120 |
BMW X5M & BMW X6M | RM 6,481 | RM 7,336 |
BMW Z4 | RM 3,065 | RM 3,517 |
BMW I8 | RM 3,015 | RM 3,467 |
Program BMW Oil Inclusive melibatkan servis minyak enjin dan penyelenggaraan dan hanya menggunakan minyak dan alat ganti tulen BMW sahaja. Selain itu, program ini juga menambah nilai kenderaan BMW apabila pelanggan mahu menjual atau menukar kereta mereka di mana-mana pengedar sah BMW Premium Selection di seluruh negara sepanjang tempoh program tersebut.
No Comment