Scirocco Akan Kembali … Dengan Kuasa Elektrik 300hp
Generasi ke-3 Volkswagen Scirocco kini sudah 9 tahun lalu dan facelift terakhirnya adalah pada 2014 menarik pelbagai emosi dari peminat dengan penambahbaikan yang sedikit saja. Sekartang kita mendapat tahu bahawa ada Scirocco semua baharu akan datang dan ia akan dikuasakan secara eksklusif oleh motor elektrik.
Walaupun terdapat perubahan besar dalam powertrainnya, ianya tetap setia kepada asal-usulnya, iaitu sebuah kereta sport dua pintu yang seksi, seronok untuk dipandu dan kelihatan hebat. Semua Scirocco baharu, telah dijadualkan untuk tahun 2019 akan berdasarkan kepada platform semua baharu Volkswagen, MEB yang direka khas untuk kenderaan berkuasa elektrik.
No Comment