Motosikal / Skuter / Roda

Shell Advance Mulai Program Latihan Masterclass Untuk Mekanik Motosikal Tempatan

Sebagai sebahagian daripada kempen jenama ‘Outride Anything’ yang baharu, Shell Advance telah melancarkan program latihan Masterclass eksklusif yang anjur khas untuk mekanik motosikal tempatan. Program Masterclass terdiri daripada tujuh video dalam talian yang dibangunkan dengan kerjasama Ducati untuk membimbing dan menyediakan mekanik dengan pengetahuan pakar dan petua mengenai penyelenggaraan motosikal yang betul.

Video-video ini menampilkan modul yang meliputi sembilan komponen utama motosikal. Master Mekanik Jeff Oh menyediakan panduan langkah demi langkah mengenai topik seperti penyelenggaraan brek, penggantian omboh, pengganti stator, masa injap dan penggantian rantaian masa dan lain-lain.

Mereka yang menonton kesemua tujuh video dan berjaya menjawab soalan pada akhir setiap video dengan betul selewat 30 September 2017 akan diberi insentif dengan tiket untuk Shell MotoGP ™ 2017 dan sijil dari Shell Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Honda Malaysia Lancar Pusat 3S Baharu di Skudai

Next post

Mazda Akan Melancarkan SKYACTIV-X

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *