Siri Kedua Kempen Keselamatan Nissan 2017 Dimulakan
Siri kedua Kempen Keselamatan Nissan 2017 akan diadakan serentak dengan Karnival Pandu Uji Seluruh Negara ETCM. Ia bertujuan mendidik rakyat Malaysia dengan pengetahuan tentang keselamatan jalanraya menerusi aktiviti kreatif dan menyeronokkan pada 12 dan 13 Ogos di lokasi-lokasi berikut:
Tarikh | Masa | Wilayah | Lokasi |
12 – 13Ogos | 10am – 8pm | Tengah | ETCM Petaling Jaya, Selangor |
Utara | ETCM Ipoh | ||
Selatan | ETCM Seremban | ||
Sarawak | ETCM Miri | ||
10am – 10pm | Sabah | GIANT Superstore, Sandakan | |
18 – 19 Ogos | 10am – 10pm | PantaiTimur | AEON Kota Bharu, Kelantan |
Satu sesi ceramah keselamatan oleh pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam akan diadakan hanya di Pusat 3S ETCM Petaling Jaya pada 12 Ogos bermula 11 pagi hingga 1 petang. Sesi ini adalah percuma dan berdasarkan kepada ‘siapa cepat, dia dapat’.
Sebagai tambahan, pelbagai aktiviti keselamatan menanti para pengunjung di semua acara karnival, antaranya:
- Penggantian inflator beg udara Takata: penggantian secara percuma ke atas kenderaan Nissan yang terlibat.
- Pengalaman memarkir dalam gelap: tingkatkan kemahiran memarkir kenderaan anda dengan 360° Intelligent Around View Monitor Nissan yang pertama pada model X-Trail
- Pengalaman pandangan yang terjejas: alami dan fahami bahaya yang mungkin berlaku akibat pandangan yang terjejas terutama ketika pemandu kurang tidur atau berada di bawah pengaruh alkohol.
- Penerangan tempat duduk kanak-kanak: satu sesi yang menunjukkan kepentingan tempat duduk kanak-kanak serta cara pemasangan yang betul di dalam kenderaan Nissan. Bengkel ini hanya diadakan di ETCM Ipoh.
- Permainan keselamatan kanak-kanak: satu sesi untuk kanak-kanak mengetahui tentang papan tanda jalan agar mereka lebih selamat
Orang awam yang ingin menyertai aktiviti ini boleh menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian +603-4047 8788 atau hantarkan e-mel ke: crd@tanchonggroup.com.
Kempen Merdeka Bonus
Sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60, ETCM telah memulakan kempen “Merdeka Bonus” pada bulan Ogos 2017. Kempen tersebut menyediakan tawaran hebat untuk setiap pembelian model-model terpilih Nissan dengan pilihan merangkumi Merdeka Bonus sehingga RM6,500 atau Merdeka Bonus Set bersama promosi RM1 untuk pakej aksesori premium serta rebat sehingga RM4,500.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Nissan seperti tarikh dan lokasi berikut:
Tarikh | Lokasi |
9 – 10 Ogos | UIA Gombak, Kuala Lumpur |
14 – 20 Ogos | AEON Kota Bharu, Kelantan |
14 – 20 Ogos | AEON Klebang, Ipoh |
16 – 20 Ogos | Alamanda Putrajaya |
21 – 27 Ogos | Vivacity Megamall, Kuching |
No Comment