Konsep / Lakaran / Intipan

SUV & Sedan Dari Ferrari?

Akhirnya Ferrari akan mengalah kerana sekarang mereka sedang mempertimbangkan untuk menambah kenderaan utiliti empat tempat duduk yang luas sebagai sebahagian daripada usaha utama keluar niche supercar tradisionalnya dalam usaha untuk menggandakan keuntungan menjelang 2022.

Pelan 5 tahun di bawah CEO Sergio Marchionne akan menyasarkan peningkatkan penghantaran tahunan melebihi batasan diri mereka sendiri yaitu 10,000 kereta.

Antara projek yang sedang dipertimbangkan mereka ialah kereta keluarga empat tempat duduk yang menawarkan lebih banyak ruang daripada GTC4Lusso dua pintu Ferrari semasa mereka.

Ferrari besar ini akan disasarkan kepada pelanggan Asia, terutamanya di China, dan akan dapat menyumbang sehingga 2,000 kenderaan setiap tahun.

Ferrari sedang mengkaji cara-cara untuk memastikan kereta baru ini bergaya dan sporty dan pengeluarnya akan cuba memasarkannya sebagai segmen baharu industri dan bukan sebagai satu lagi SUV mewah seperti Maserati, Bentley dan Lamborghini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

VIDEO: Nissan Rear Door Alert (RDA) Elakkan Pemandu Jadi Pelupa

Next post

Keuntungan Ferrari Naik 24%

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *