Berita Auto

Tan Chong Lancar Program Jaminan Lanjutan ‘TC Warranty Plus’

Tan Chong Insurance Business Stream (TCIBS), bahagian insurans Tan Chong Motor Holdings Berhad secara rasminya melancarkan satu program jaminan lanjutan untuk para pemilik kenderaan Nissan – TC Warranty Plus.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program ini menawarkan jaminan lanjutan daripada jaminan biasa tiga tahun (kenderaan kegunaan peribadi sahaja) untuk para pemilik Nissan. Ia berkuatkuasa selepas berakhirnya tempoh jaminan asal pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km.

TC Warranty Plus hadir bersama 3 pakej jaminan lanjutan:

Pakej EW 150 Tambahan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 50,000km (mana-mana tiba dahulu). Perlindungan adalah sama dengan Jaminan Asal Pengeluar.
Pakej EW 200 Tambahan selama empat tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Perlindungan untuk tahun keempat dan kelima adalah sama dengan Jaminan Asal Pengeluar. Manakala jaminan untuk tahun keenam dan ketujuh melibatkan tiga komponen (enjin, transmisi dan sistem stereng).
Pakej EW 25 Tambahan selama satu tahun, 25,000km atau dua tahun, 50,000km (mana-mana tiba dahulu) ke atas tiga komponen (enjin, transmisi dan sistem stereng) untuk kenderaan berusia kurang lima tahun di mana jaminan sudah tamat atau terbatal.

Dengan setiap pendaftaran program ini, pelanggan akan diberi Promosi Terawal dan layak menerima satu set ‘Kit Menyegarkan Semula Enjin Petrol’ secara percuma, sah sehingga 31 Oktober 2017.

HARGA MODEL EW150 (+2 Tahun) EW200 (+4 Tahun) EW25 (+1 Tahun) EW25 (+2 Tahun)
Almera (N17) RM998 RM1,588 RM488 RM 976
Serena S-Hybrid (C26) RM1,998 RM2,988 RM888 RM 1776
X-Trail (T32) RM1,998 RM2,988 RM888 RM 1776

Untuk mengetahui harga model-model lain serta maklumat lanjut mengenai program TC Warranty Plus, sila kunjungi bengkel TCEAS dan bilik pameran ETCM berhampiran, atau hubungi talian tol percuma TC Contact Centre Service Sdn. Bhd.: 1800-88-8185.

Penggantian Inflator Beg Udara Takata di Cawangan Tesco

Selain itu, ETCM dan TCEAS telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan penggantian inflator beg udara Takata yang akan diadakan bukan sahaja di pusat servis tetapi juga di cawangan Tesco terpilih yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh Masa Lokasi
23 – 24 Sept 2017 10am – 6pm Tesco Bandar Bukit Puchong
30 Sept – 1 Okt 2017 Tesco Extra Klang
7 – 8 Okt 2017 Tesco Extra Cheras

 

Previous post

Maserati Ghibli GranLusso Lebih Kemas, Lebih Canggih

Next post

Dua Model Baru Sertai Barisan SUV Premium Mercedes-Benz

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *