VW Scirocco Masih Dijual Di Indonesia
Volkswagen Scirocco pertama kali dijual pada tahun 2008, dan kami mendapat laporan beberapa bulan yang lalu bahawa ia akhirnya dikeluarkan dari pengeluaran memandangkan jangka hayatnya yang sudah menjangkau 9 tahun.
Tetapi di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia, kami dapati model faceliftnya ada dipamerkan.
Model yang dipamerkan berenjin 1.4 TSI dengan 7 kelajuan DSG.
Bahagian pedalaman juga agak sederhana. Selain roda stereng rata dan paparan skrin sentuh yang besar, tidak ada banyak barangan VW moden. MDI adalah jenis hitam putih old school dan upholsterynya adalah kain.
Membuat kita berharap mereka akan memperkenalkan ianya semula dengan manual 6 kelajuan dengan harga berpatutan. Pada tahun lepas, ianya dijual di Malaysia dengan harga kurang dari RM200K dengan DSG 7 kelajuan.
No Comment