Auto Commerz Rakan Kongsi Niaga Terbaru Mercedes-Benz Malaysia
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini memperkenalkan rakan kongsi niaga terbaru mereka, Auto Commerz Sdn Bhd. Pengumuman itu dibuat di majlis pelancaran bilik pameran sementara Mercedes-Benz Auto Commerz Autohaus.
Auto Commerz Sdn Bhd merupakan sebahagian daripada Swire Group yang juga memasarkan kenderaan Mercedes-Benz di Taiwan. Bersama-sama dengan MBM, syarikat itu mensasarkan perbelanjaan melebihi RM10 juta bagi bilik pameran tersebut untuk dua tahun akan datang.
Seperti Autohaus yang lain, bilik pameran terbaru ini mematuhi Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) dan menampilkan identiti korporat terkini jenama dari Jerman itu. Selain daripada rangkaian aksesori dan barangan Mercedes-Benz, ia juga boleh memuatkan sehingga empat buah kenderaan untuk dipamerkan pada satu-satu masa.
Bilik pameran Mercedes-Benz Auto Commerz Autohaus ini terletak di G-1, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 8069 9077.
No Comment