Motosikal / Skuter / Roda

BMW Motorrad Akan Perkenal 4 Model Baharu di Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

BMW Motorrad Malaysia akan memperkenalkan empat model motosikal – S1000RR, R1200GS, K1600B dan RnineT Urban G/S – pada acara BMW Motorrad Nightfuel di Pulau Pinang hujung minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

BMW Motorrad Nightfuel Pulau Pinang bakal berlangsung pada Sabtu, 9 September 2017 bermula jam 19:00pm di satu kawasan terbuka di tepi pantai di Bayan Lepas, berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

BMW S1000RR (RM106,900)

P90234028_highRes_bmw-s-1000-rr-10-201

Untuk model tahun 2017, Enjin 4 silinder sebaris 999 cc telah ditala untuk mematuhi piawaian emisi EU4. Kuasa puncaknya masih 199 hp pada 13,500 rpm dan tork maksimum 113 Nm boleh dicapai pada 10,500 rpm. Ia juga menyediakan julat kelajuan enjin yang luas dengan hampir semua tork masimum boleh dicapai sekitar 9,500 rpm (112 Nm) hingga 12,000 rpm (113 Nm).

Ia tampil dengan tiga mod tunggangan iaitu “Rain”, “Sport” dan “Race” sebagai standard, di samping ciri Race ABS. Penambahan baru ke atas ciri standard termasuk Dynamic Traction Control (DTC) dengan alat pengesan kecondongan serta ubah suai +/- tujuh peringkat untuk prestasi
dan keselamatan terbaik ketika memecut.

S 1000 RR baharu juga hadir dengan tempat duduk pembonceng. Ia kini boleh didapati dalam skim warna kelabu/hitam (Granite Grey/Black Storm) dan warna merah/putih (Racing Red/Light White).

BMW R1200GS (RM105,900)

P90235676_highRes_the-new-bmw-r-1200-g

Salah satu motosikal enduro paling popular di dunia, R1200GS telah dioptimumkan dalam banyak segi. Model bagi pasaran Malaysia ini telah diubah suai dengan tayar laluan biasa serta tempat duduk standard yang selesa bagi memastikan kegunaan harian yang lebih mudah.

Seperti sebelum ini, motosikal ini dikuasakan oleh enjin boxer sejukan udara/cecair dengan 125 hp pada 7,750 rpm dan tork puncak 125 Nm pada 6,500 rpm. Unit tersebut juga menerima pengubah bermangkin baharu dan status data yang selari dengan piawaian EU4.

Model tahun 2017 ini juga menyaksikan penambahan satu peredam senggukan (judder damper) pada aci output, perubahan pemilih penetap gelendong (selector drum actuator) dan aci transmisi.

BMW K1600B (RM159,900)

P90238902_highRes_bmw-k-1600-b-10-2016

Berasaskan model K1600GT, motosikal jenis bagger ini dikuasakan oleh enjin enam silinder yang menghasilkan 160 hp. Ia tampil dengan reka bentuk linear bersama bahagian belakang yang direka semula sepenuhnya. Ini bukan sahaja membuatkannya kelihatan rendah dan mantap, malah dapat mengurangkan ketinggian tempat duduk pembonceng dengan signifikan.

Motosikal ini mudah dikendalikan dengan ciri Reverse Assist yang boleh diaktifkan dengan menekan butang R pada belah kiri bar hendal. Ditawarkan sebagai pilihan, ciri Shift Assistant Pro pula membolehkan penunggang menukar gear tanpa menggunakan klac.

Ia boleh didapati dalam skema warna Blackstorm baharu.

BMW R nineT Urban G/S (RM87,900)

P90235430_highRes_the-new-bmw-r-ninet-

Model ini sedikit berbeza dari segi rekaan tetapi ia memiliki karakter klasik yang sama yang diinspirasikan oleh model R 80 G/S pada tahun 1980. Ia menampilkan enjin boxer sejukan udara/cecair dengan kapasiti 1,170 cc dan jumlah kuasa 110 hp, yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Sistem ekzos besi tahan karat dengan paip di sebelah kiri menyerlahkan gayaan klasiknya.

Motosikal ini dibekalkan dengan roda aloi bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, manakala sistem brek pula terdiri daripada angkup monoblock empat omboh, cakera terapung dan ABS. Ia juga boleh didapati dengan Automatic Stability Control (ASC) bagi mengelakkan tayar belakang daripada tergelincir.

R ninT Urban G/S juga boleh ditempah dengan tayar off-road bersama rim lidi.

Previous post

Ini Dia Senarai Harga Malaysia Mazda CX-5 2017

Next post

Ferrari Sambut Ulangtahun Ke-70 Dengan Sambutan Hujung Minggu Di Maranello

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *