Brabus Rocket 900 – Convertible Terpantas Dunia?
Sebut sahaja nama Brabus, anda pasti terbayang kenderaan Mercedes-Benz yang yang telah dipertingkatkan dari aspek kuasa dan prestasi. Rocket 900 yang berasaskan Mercedes-AMG S65 Cabriolet ini merupakan hasil tangan terbaru syarikat talaan dari Jerman itu dan ia dikatakan antara kereta convertible empat tempat duduk paling laju di dunia.
Bakal dipamerkan di Frankfurt Motor Show, Rocket 900 menggunakan enjin asal S65 iaitu 6.0-liter dwi-turbo V12, namun unit itu telah dibesarkan menjadi 6.3 liter untuk menghasilkan 900 hp dan 1,500 Nm. Hasilnya, kereta ini mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam 3.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 350 km/j.
Ini menjadikannya lebih pantas berbanding Brabus 850 6.0 Biturbo Cabrio yang pada asasnya merupakan Mercedes S63 4Matic.
Selain daripada prestasi ekstrem, Rocket 900 juga tampil dengan imej sporty-elegan dengan komponen aerodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon, rim 21 inci serta bahagian dalaman dengan kemasan kulit mewah.
No Comment