Berita Auto

Goodyear Guna Getah Berasaskan Minyak Kacang Soya

Goodyear telah memperkenalkan teknologi terbaru dalam pembikinan tayar yang melibatkan penggunaan sebatian getah berasaskan minyak kacang soya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut syarikat itu, penggunaan komersial pertama ini mampu meningkatkan prestasi tayar dalam keadaan kering, basah dan ketika musim sejuk.

Dengan menggunakan minyak kacang soya, Goodyear telah menemui satu cara untuk mengekalkan kelenturan sebatian getah ketika suhu berubah, sekaligus mengekalkan dan meningkatkan cengkaman kenderaan di permukaan jalan.

Ujian Goodyear turut menunjukkan bahawa getah yang diperbuat dengan minyak kacang soya lebih mudah bercampur dengan sebatian silika yang digunakan dalam pembuatan tayar tertentu. Langkah ini turut dapat meningkatkan kecekapan pembuatan dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Goodyear Soy Tire Infographic

 

Previous post

BMW M8 Untuk Trek, Pengalaman Pemanduan Dan Gaya

Next post

LaFerrari Aperta Unik Dilelong Untuk Tujuan Amal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *