Harley-Davidson cari pengedar baru bagi pasaran Malaysia
Sejajar dengan matlamat jangka panjang untuk mengembangkan perniagaan antarabangsanya kepada 50 peratus daripada jumlah tahunan, Harley-Davidson hari ini mengumumkan bahawa ia akan menjalani penyegaran semula bagi pasaran Malaysia.
Syarikat itu akan memulakan proses bagi mencari rakan kongsi pengedar baharu dengan segera, berikutan berakhirnya perjanjian yang dimeterai dengan Naza Prestige Bikes Sdn Bhd yang telah menjadi pengedar Harley-Davidson sejak 2008.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Naza Prestige Bikes Sdn Bhd kerana mengendalikan jualan Harley-Davidson dan mewujudkan asas pelanggan yang setia,” kata Peter Mackenzie, Pengarah Urusan Harley-Davidson bagi pasaran China, India dan Asia.
Untuk maklumat lanjut tentang peralihan pengedar Harley-Davidson di Malaysia, layari laman Facebook Harley-Davidson Asia.
No Comment