Honda Malaysia buka pusat 3S baharu di Bandar Botanic Klang
Honda Malaysia hari ini meluaskan jaringan perniagaannya dengan pembukaan sebuah pusat 3S terbaru di Bandar Botanic di Klang. Fasiliti ini dimiliki oleh Botanic Auto Mall Sdn Bhd dan merupakan fasiliti 3S Honda kedua yang dibuka di bandar diraja itu.
Botanic Auto Mall telah melaburkan kira-kira RM22 juta bagi pembangunan pusat yang berukuran 72,000 kaki persegi itu. Ia terletak di atas kawasan seluas 1.7 ekar, memberikan kapasiti yang lebih besar dari segi khidmat jualan dan selepas jualan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat.
Pusat 3S Honda Botanic Auto Mall menyediakan 24 ruang servis untuk pelbagai tugas dengan kapasiti untuk menerima sehingga 120 kenderaan setiap hari. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan kemudahan-kemudahan seperti tiga ruang menunggu, cafe, surau, perkhidmatan ulang-alik serta eskalator yang menghubungkan antara aras bawah dan tingkat satu.
Pusat itu terletak di kawasan yang strategik dan boleh diakses melalui lebuh raya KESAS yang turut menghubungkan Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya. Stesen MRT 3 yang terletak di belakang fasiliti itu juga akan disiapkan tidak lama lagi, memberikan pelanggan kebebesan untuk kemana-mana sementera menunggu kenderaan mereka diservis.
Untuk membuat temu janji, pelanggan boleh menghubungi Botanic Auto Mall di talian 03-3319 3387 (jualan dan servis) atau terus pergi ke Lot 14311, Jalan Kasuarina 13/KS 017, Ambang Botanic, 41200, Klang.
No Comment