Kenapa Ramai Suka Sangat Honda BRV Ini?
1. Honda. Nama Honda. Jenama Honda. Dari dulu hingga sekarang memang menjadi idaman ramai. Honda dikaitkan dengan kualiti, stail, kelas. Ianya dianggap oleh ramai sebagai petanda anda sudah berjaya ke peringkat seterusnya dalam hidup. Peringkat yang ramai berkerja keras untuk capai. Kita selalu akan dengar, “Wah Man! Sekarang dah pakai Honda. Tahniah Man.”
2. Dengan harga hanya dari RM83,210 ribu ianya amat menarik untuk pemilik kereta Perodua, Proton dan Honda-Honda lama yang mahukan upgrade. Hanya dari RM83,210 untuk sebuah Honda dan … tambahan 2 kerusi. Samada mereka perlukan tambahan 2 kerusi itu atau tidak? Tak kisah. Mereka mahukan tambahan itu.
3. Ingat lagi Mazda Premacy? Ianya Mazda Lantis stationwagon yang ditambah dengan barisan kerusi ketiga. Keluar sekitar 12 tahun yang lalu. Sebiji macam Honda BRV tetapi … tidak ramai yang membelinya. Fully imported lagi. Harga secondhand sekarang lebih kurang sekitar RM10,000 sahaja. Masa itu Cycle & Carriage tidak memasarkannya sepenuhnya. Jadi, mereka yang melepas masa itu sekarang melihat BRV ini seperti second chance.
4. Walaupun enjinnya hanya 1.5 cc tetapi ianya amat preppy, bersemangat. Handlingnya lancar. Bila pakir orang ramai akan berkurumun untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi kereta dari RM83,210 ini. Kebanyakan kereta RM160,000 pun orang tak pandang macam ni.
5. Sebab paling ketara sekali? Kanak-kanak. Mereka amat menyukainya. Nak bawak dia orang pergi ke taman paling senang sekali. Tiada masalah. Ada gaya lagi. Kalau dulu nak bawak 7 orang kena pakai dua kereta. Dengan Honda BRV, no problem. Ada swag lagi. Mereka akan turun naik kereta ini dengan penuh semangat.
No Comment