Sukan

Marchy Lee, Shaun Thong dahului siri perlumbaan Blancpain GT Asia

Sejurus berakhirnya perlumbaan Siri Blancpain GT berganda dalam keadaan hujan di Litar Antarabangsa Shanghai, Shaun Thong dan Marchy Lee dari pasukan Audi Hong Kong berjaya muncul sebagai pendahulu carta kejohanan GT3. Tempat kelima yang dimenangi sudah cukup untuk meletakkan pasangan itu di puncak carta dengan 138 mata.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mitch Gilbert dan Aditya Patel pula kembali dalam persaingan bagi merebut kejuaraan dengan 110 mata selepas menghabiskan perlumbaan Pusingan 10 di tempat ketiga.

?????????????????????????????

Pasukan Audi R8 LMS Cup yang dibintangi Alex Yoong dan Alex Au pula menamatkan saingan dengan dua kedudukan podium Pro/Am dalam masa dua hari.

?????????????????????????????

“Pasukan pelanggan dan pemandu Audi menikmati hujung minggu yang memberangsangkan dalam Siri Blancpain GT Asia dengan mengambil lima daripada enam tempat podium keseluruhan pada Pusingan 9 dan 10,” kata Martin Kuehl, Pengarah Audi Sport. “Perlumbaan bagi kejuaraan itu kini sedang hangat sebelum acara kemuncak.”

?????????????????????????????

Jeffrey Lee dan Alessio Picariello dari J-Fly Absolute Racing berjaya bangkit dari perlumbaan Pusingan 9 yang begitu mencabar apabila mendapat tempat ketiga pada perlumbaan Pusingan 10 dalam kategori Pro/Am.

?????????????????????????????

Kelas Am/Am pula menyaksikan Naoto Takeda dan Takuya Shirasaka dari KCMG kekal sebagai pencabar utama kejuaraan apabila menghabiskan di tempat ke-19 keseluruhan. Pasangan itu kini berada di tempat kedua dalam kelas dengan 131 kutipan mata.

 

Previous post

Harley-Davidson cari pengedar baru bagi pasaran Malaysia

Next post

Ford Gunakan Augmented Reality Dari Microsoft

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *