Mitsubishi Masih Kekal Menjual Outlander Varian 2.4L 4WD Yang Diimport Sepenuhnya Dari Jepun.
Walaupun Mitsubishi baru sahaja melancarkan Outlander versi terbaru mereka, Outlander 2.0L 4WD versi pemasangan tempatan (CKD) awal bulan ini, Mitsubishi masih mengekal dan menjual varian 2.4L 4WD yang diimport sepenuhnya dari Jepun. Harga dari RM171,000.00
Saya berpeluang mencuba trynya beberapa bulan yang lalu dan ianya mendapat thumbs-up dari saya dan isteri saya (tonton video). Ianya besar dan commanding.
Kerusinya amat selesa sekali. Semua kulit ya. Tunggangan lancar cuma sedikit menghayun kerana saiznya yang besar. Besar-besar pun turning radiousnya best in class – 5.3m. Walaupun ianya 7 seater, masih banyak ruang untuk bagasi. Malahan, lagi satu, best-in-class: 1608 l. Banyak ciri-ciri mewah seperti brek parking eletronik, paddle shifters, 7 airbag, lampu led dan lampu siang, sunroof, washer lampu, dua tone rim alloy 18 inci, keyless, push start, touchscreen audio, 7 kerusi, tailgate elektrik.
Power boleh tahan, 167 hp dan 222 nm tork. Datang dengan tint solar bersekuriti. Dan bermacam-macam lagi.
Pandu ujinya sendiri. Sila kunjungi showroom atau website mereka untuk promosi yang terkini.
No Comment