Pasangan Malaysia tunggang motosikal sejauh 26,000km
Pasangan dari Malaysia, Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief telah selamat kembali ke tanah air bagi menyambut Hari Malaysia setelah melengkapkan perjalanan bulan madu sejauh 26,000 km dengan menaiki motosikal Honda RS150R.
Ketibaan mereka disambut oleh ahli keluarga, rakan serta wakil-wakil dari Boon Siew Honda, GIVI Malaysia dan PEMADAM yang telah banyak memberi sokongan kepada pasangan ini.
Enam bulan lalu, Alfishahrin dan Diana membuat keputusan untuk berbulan madu dengan menaiki motosikal mengelilingi dunia. Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga itu mengambil masa selama beberapa bulan menunggang supercub RS150R untuk merentasi 25 buah negara termasuk Iran, Switzerland, Paris dan London sebagai destinasi terakhir mereka.
Perjalanan mereka bermula pada 8 April dan berakhir secara rasmi pada 31 Ogos 2017, hari pasangan tersebut tiba di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Menurut pasangan itu, walaupun menunggang dalam cuaca sejuk dan panas di atas pelbagai jenis permukaan bumi, satu-satunya masalah yang mereka hadapai hanyalah tayar pancit.
Walaupun baru sahaja menghabiskan perjalanan, pasangan ini sudah mempunyai perancangan untuk pengembaraan mereka yang seterusnya. “Tahun depan, kami akan ke Mekah bagi mengerjakan Haji dan kami merancang untuk membuat beberapa hentian di Mesir, bergantung kepada bajet,” kata Alfishahrin.
No Comment