Petronas, MAS Cargo Jalin Usahasama dengan Harley-Davidson Sempena Konvoi Borneo International H.O.G. Rally Malaysia
Harley Owners Group Kuala Lumpur Chapter, Malaysia (H.O.G. KLCM) telah mengumumkan kerjasama dengan Petronas sebagai Rakan Kongsi Bahan Api Rasmi dan MAS Cargo sebagai Rakan Kongsi Logistik Rasmi untuk acara Borneo International H.O.G. Rally Malaysia (BIHRM) 2017 yang akan diadakan dari 30 September hingga 9 Oktober ini.
Acara tersebut akan menyaksikan perhimpunan pemilik dan peminat Harley-Davidson dari seluruh dunia untuk pengembaraan sejauh 1,450 km dari Kota Kinabalu ke Labuan, seterusnya ke Brunei, Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching sebagai destinasi terakhir.
MAS Cargo akan menyediakan kapal terbang untuk menerbangkan motosikal dari semenanjung ke Kota Kinabalu dan dari Kuching ke semenanjung setelah konvoi berakhir. Petronas pula akan menanggung perbelanjaan bahan api untuk semua peserta konvoi sepanjang program tersebut.
Selain itu, peserta konvoi juga akan membuat lawatan ke beberapa lokasi di mana Petronas Dagangan Berhad akan mengadakan program ‘Water for Life’ bagi menyediakan bekalan air bersih kepada komuniti tempatan serta program ‘Streetsmart’ untuk mendidik orang ramai tentang keselamatan jalanraya.
No Comment