Berita Auto

Porsche 911 GT3 Dengan Touring Package Khas Untuk Peminat Manual

Model terbaru dari Porsche ini mungkin kelihatan seperti 911 biasa di mata orang ramai, namun ia sebenarnya tawaran yang cukup menarik untuk golongan ‘purists’ yang mementingkan aspek pemanduan lebih daripada segala-galanya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Digelar secara rasmi sebagai “911 GT3 with Touring Package”, ia didatangkan dengan enjin boxer 4.0-liter enam silinder dengan 500 hp/460 Nm yang sama seperti model asasnya iaitu 911 GT3 yang diperkenalkan pada awal tahun ini. Namun tidak seperti 911 GT3 yang boleh dimiliki dengan kotak gear automatik PDK atau manual enam kelajuan, model terbaru ini ditawarkan eksklusif dalam versi manual sahaja.

high_911_gt3_with_touring_package_2017_porsche_ag (1)

Sama seperti 911 GT3, model Touring Package mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.9 saat. Bagaimana pun, tanpa spoiler belakang yang besar seperti yang ada pada model asasnya, ia hanya mampu mencapai kelajuan maksimum 316 km/j, sedikit perlahan berbanding 911 GT3 yang boleh memecut sehingga 319 km/j.

high_911_gt3_with_touring_package_2017_porsche_ag (3)

Dari segi penampilan, 911 GT3 dengan Touring Package mempunyai reka bentuk yang sama dengan 911 GT3, kecuali di bahagian belakang di mana spoiler besar tersebut digantikan dengan unit yang lebih halus yang dikenali sebagai Gurney flap. Ia memakai roda bersaiz 245/35 ZR 20 di hadapan dan 305/30 ZR 20 di belakang.

high_911_gt3_with_touring_package_2017_porsche_ag (4)

Tidak seperti model 911 R yang terhad kepada 991 unit sahaja, 911 GT3 dengan Touring Package tidak mempunyai had dalam jumlah pengeluaran. Ini bermakna, pelanggan yang mahukan model ini tidak perlu berlumba-lumba untuk meletakkan wang pendahuluan dan harganya juga tidak akan melambung tinggi apabila ia tiba ke tangan pengedar kenderaan terpakai.

high_911_gt3_with_touring_package_2017_porsche_ag (2)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

Evora GT430 Sport Kereta Lotus Paling Laju

Next post

Volvo S90 T8 Twin Engine CKD Kini Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *