Berita Auto

Renault Megane R.S. Generasi Ketiga Ada 280 HP, 4Control

Segmen ‘hot hatch’ bakal menjadi lebih sengit dengan ketibaan Renault Megane R.S. baharu di Frankfurt Motor Show. Model generasi ketiga itu disumbat dengan pelbagai teknologi baharu dengan matlamat untuk menghasilkan kereta yang lebih laju dari sebelum ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditawarkan dalam versi Cup dan Sport, Megane R.S. menggunakan nadi pengecas turbo 1.8-liter empat silinder yang menghasilkan 280 hp pada 6,000 rpm dan 390 Nm – 15 hp dan 30 Nm lebih tinggi dari Megane RS265 yang dikuasakan enjin turbo 2.0-liter. Buat pertama kalinya, ia boleh didapati dengan transmisi automatik dwi-klac EDC atau manual enam kelajuan.

???????????????????????????????????

Masa pecutan dan kelajuan maksimum bagi model ini masih belum didedahkan. Renault Sport bagaimana pun mengesahkan ketibaan Megane R.S. versi Trophy yang mempunyai 300 hp pada penghujung tahun depan.

???????????????????????????????????

Megane R.S. baharu juga menjadi kenderaan pertama dalam kelasnya yang dilengkapi sistem stereng empat roda. Sistem ini mampu meningkatkan kestabilan ketika beraksi di selekoh, selain mengurangkan radius pusingan. Selain itu, versi Cup juga dilengkapi dengan limited-slip differential jenis Torsen dan suspensi bebas pada gandar hadapan bagi memberikan lebih cengkaman.

RENAULT MEGANE IV R.S. (BFB RS) - PHASE 1

Sistem Multi-Sense memberikan pemandu lima pilihan mod pemanduan iaitu Comfort, Normal, Sport, Race dan Person. Sistem data telemetri R.S. Monitor juga ditambah baik dengan mod Expert di mana pemandu boleh menggunakan kamera untuk merakam dan menganalisa data, serta berkongsi gambar di media sosial.

RENAULT MEGANE IV R.S. (BFB RS) - PHASE 1

Reka bentuknya juga memfokuskan kepada prestasi dengan lubang ambilan udara yang luas di bahagian depan serta dapra yang lebar yang dipadankan dengan rim 18 atau 19 inci. Spoiler belakang, diffuser dan bilah hadapan ala F1 pula menjanjikan aliran udara yang baik.

???????????????????????????????????

Dari segi penampilan, Megane R.S. baharu didatangkan dalam warna Tonic Orange manakala bahagian kabinnya dihiasi kemasan fabrik atau Alcantara dengan jahitan merah serta lencana ‘R.S.’.

???????????????????????????????????

Previous post

Volkswagen Jetta Comfortline Kini Dengan Kadar Faedah Serendah 0.88% Setahun

Next post

Mungkinkah 2 Jenama Ini Pulang Ke Malaysia Dengan Produk Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *